%0 Journal Article %T Hubungan antara perkahwinan dengan self-esteem %A Suriyani Binti Yahya %A Fatahyah Yahya %A Aina Razlin Mohammad Roose %J Jurnal Kemanusiaan %D 2009 %I Universiti Teknologi Malaysia %X Kajian ini bertujuan mengenalpasti hubungan antara perkahwinan dengan self-esteem. Kajian ini juga dijalankan untuk mengenalpasti perbezaan antara faktor demografi terpilih iaitu jantina, umur dan pangkat dengan self-esteem, mengenalpasti hubungan antara aspek komunikasi dan kawalan terhadap self-esteem. Soalselidik diedarkan kepada 219 anggota tentera di Markas 3 Briged Kem Penrissen Kuching, Sarawak.. Ujian¨Ct tidak bersandar dan ujian ANOVA sehala digunakan untuk menguji hipotesis berkaitan perbezaan antara faktor demografi dengan self-esteem. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara umur dengan self-esteem dan pangkat dengan self-esteem. Hanya faktor demografi jantina yang tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan dengan selfesteem. Pengkaji mendapati hubungan yang wujud antara perkahwinan dengan self-esteem adalah tidak linear, maka Pekali Spearman Rho telah digunakan untuk menguji hubungan di antara kedua-dua pembolehubah tersebut. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara perkahwinan dengan self-esteem. Pekali Pearson Product-Moment pula digunakan untuk menganalisis hubungan antara aspek komunikasi dan kawalan dengan self-esteem. Hasil dari penganalisisan mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara aspek komunikasi dan kawalan dengan self-esteem. %U http://www.fppsm.utm.my/download/doc_download/21-hubungan-antara-perkahwinan-dengan-self-esteem-.html