%0 Journal Article %T Tahap motivasi dan punca tekanan guru yang melanjutkan pengajian %A Wan Noraini Wan Razab %A Nooraini Othman %J Jurnal Kemanusiaan %D 2011 %I Universiti Teknologi Malaysia %X Kajian ini bertujuan menentukan hubungan di antara tahap motivasi dan punca tekanan guru yang melanjutkan pengajian. Seramai 178 orang guru yang melanjutkan pengajian secara separuh masa di peringkat sarjana di UTM, Skudai, Johor telah dipilih secara rawak mudah. Tahap motivasi guru dilihat daripada dua aspek iaitu motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik. Punca tekanan pula dilihat dari aspek tekanan kerja (beban kerja dan pengurusan masa kerja) dan tekanan belajar (beban tugasan dan pengurusan masa). Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik dengan skala likert lima mata bagi mengukur tahapmotivasi dan punca tekanan guru yang melanjutkan pengajian. Data-data diperolehi melalui soal selidik dan diproses dengan menggunakan SPSS. Statistik deskriptif iaitu min, frekuensi, peratusan dan sisihan piawai digunakan untuk menganalisis tahap motivasi dan punca tekananyang paling dominan dalam kalangan guru yang melanjutkan pengajian. Manakala statistik inferensi iaitu analisis korelasi Pearson digunakan pada aras signifikan 0.05 bagi mengetahui hubungan di antara tahap motivasi dan punca tekanan dalam kalangan guru yang melanjutkan pengajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa motivasi ekstrinsik dan intrinsik responden adalah pada tahap yang tinggi. Manakala punca utama yang memberi tekanan kepada responden ialah tekanan kerja. Selain itu, hasil dapatan juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan signifikan di antara tahap motivasi dengan punca tekanan guru yang melanjutkan pengajian. Beberapa cadangan telah dikemukakan dalam kajian ini dalam usaha untuk memantapkan lagi motivasi dan mengatasi tekanan yang dihadapi oleh guru yang melanjutkan pengajian. %U http://www.fppsm.utm.my/academic-guide/doc_download/451-tahap-motivasi-dan-punca-tekanan-guru-yang-melanjutkan-pengajian.html