%0 Journal Article %T Impak Pembangunan Langkawi Ke Atas Corak Pekerjaan Dan Guna Tenaga Di Pulau Dayang Bunting, Langkawi %A Ishak Yussof %A Mustaffa Omar %A Gusni Saat %J e-BANGI : Journal of Social Sciences and Humanities %D 2007 %I Universiti Kebangsaan Malaysia %X Artikel ini menganalisis corak pekerjaan dan guna tenaga dalam kalangan penduduk Pulau Dayang Bunting, Langkawi. Data yang digunakan dalam penulisan ini diperolehi daripada soalselidik yang dibuat secara banci melalui satu kerjalapangan pada bulan Mei-Jun 2005. Analisis data adalah menggunakan kaedah taburan dan jadual silang ke atas aspek-aspek penting berkaitan aktiviti ekonomi penduduk. Analisis ini dianggap penting untuk melihat impak pembangunan Langkawi ke atas tahap penyertaan buruh dan masalah penganguran, struktur guna tenaga dan jenis pekerjaan serta implikasinya ke atas tingkat pendapatan penduduk. Tumpuan analisis adalah ke atas ciri-ciri dan jenis pekerjaan yang diceburi (pekerjaan utama dan sampingan), struktur guna tenaga mengikut sektor, tingkat pendapatan, tingkat kemahiran dan taraf pendidikan penduduk. Isu dan masalah berkaitan aspek pekerjaan dan guna tenaga di kawasan kajian turut dibincangkan. Hasil kajian mendapati berlaku ¡®kesan surutan¡¯ kerana sebahagian besar tenaga buruh produktif yang ingin menyertai pasaran pekerjaan dari pulau ini terpaksa berpindah atau berulang alik ke pulau besar Langkawi. Ini disebabkan peluang pekerjaan banyak terdapat di sana, terutama di sekitar pekan Kuah. Pemerhatian pengkaji semasa di lapangan menunjukkan bahawa tidak banyak aktiviti-aktiviti ekonomi moden yang berkembang di pulau kajian. Sebaliknya, aktiviti ekonomi penduduk lebih berkisar kepada kegiatan tradisional terutama dalam sektor perikanan dan pertanian. Ketiadaan peluang pekerjaan yang bersesuaian telah menyebabkan kadar pengganguran di kawasan kajian juga agak tinggi berbanding kawasan-kawasan lain di tanah besar Langkawi. %K pembangunan ekonomi %K tenaga buruh %K guna tenaga %K pekerjaan %K pengangguran %U http://pkukmweb.ukm.my/e-bangi/papers/2007/mustafa07.pdf