%0 Journal Article %T Kepentingan Pertumbuhan Premis Kitar Semula Dalam Pengurusan Sisa Di Malaysia %A Zaini Sakawi %A Katiman Rostam %A Abd Rahim Md Nor %J e-BANGI : Journal of Social Sciences and Humanities %D 2008 %I Universiti Kebangsaan Malaysia %X Pembangunan pesat Wilayah Bandar Metropolitan Lembah Klang Langat ke atas bandar pinggirannya banyak memberi perubahan ke atas pertumbuhan petempatan, sosio-ekonomi, pengangkutan dan perhubungan, serta kualiti alam sekitar fizikal. Perubahan yang berlaku ini bukan sahaja memberi impak ke atas pertumbuhan penduduk, penggunaan ruang, masalah sosial, perpindahan jabatan kerajaan, institusi, dan peningkatan taraf ekonomi, tetapi impak ke atas alam sekitar. Dalam erti lain, limpahan pembangunan ini memberi impak positif dan negatif ke atas perubahan aspek fizikal, sosial dan ekonomi kawasan sekitarnya. Artikel ini akan membincangkan perubahan impak pembangunan Wilayah Bandar Metropolitan ini ke atas perubahan alam sekitar, khususnya peningkatan pertumbuhan premis kitar semula di sekitar kawasan pentadbiran Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL). Perubahan yang berlaku ini akan dilihat dari segi jumlah premis yang menjalankan kitar semula, jenis bahan yang dibeli untuk dikitar semula dan penglibatan pihak premis dalam menjalankan operasi kitar semula. Kajian ini telah dilakukan di sepanjang bulan Oktober-Disember 2007. Analisis kajian berdasarkan jumlah premis kitar semula yang berdaftar di bawah majlis daerah. Senarai semak telah digunakan untuk mengenalpasti jenis bahan yang dikumpul dan kilang tempat aktiviti kitar semula dilakukan. Dapatan kajian mendapati pertumbuhan premis kitar semula berperanan sebagai fenomena langsung yang membantu mengurangkan kuantiti sisa buangan pepejal ke tapak pelupusan dan penjana ekonomi kepada penduduk sekitar dan premis kitar semula. %K Wilayah Bandar Metropolitan %K premis kitar semula %K pengurusan sisa buangan %K tapak pelupusan %U http://pkukmweb.ukm.my/e-bangi/papers/2008/zaini08.pdf