%0 Journal Article %T Pola Bekerja Sambilan Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Di Daerah Melaka Tengah Dan Implikasinya Terhadap Prestasi Pembelajaran Di Sekolah %A Noraziah Ali %A Ranimah Yusuf %A Hasnah Ali %J e-BANGI : Journal of Social Sciences and Humanities %D 2008 %I Universiti Kebangsaan Malaysia %X Perkembangan pesat Daerah Melaka Tengah yang berkait rapat dengan urbanisasi dan globalisasi telah menjana banyak peluang pekerjaan di pelbagai sektor ekonomi. Pelajar sekolah menengah adalah sebahagian daripada tenaga kerja sambilan yang telah mengisi jawatan kosong di pelbagai kompleks membeli-belah, gerai makanan, bengkel, kilang dan sebagainya. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pola pekerjaan pelajar dan implikasinya terhadap pendidikan pelajar di Melaka Tengah. Seramai 126 pelajar yang dipilih secara purposif di lima buah sekolah menengah telah dikajiselidik di sekitar pertengahan tahun 2007. Kajian mendapati sebahagian besar responden bekerja dalam sektor perkhidmatan secara sambilan, iaitu selepas habis sekolah, pada cuti hujung minggu dan cuti sekolah. Dengan bekerja mereka berhadapan dengan kekangan masa dan fizikal untuk melakukan aktiviti pembelajaran di luar masa sekolah seperti mengulangkaji, menyiapkan kerja sekolah di rumah, kokurikulum dan lain-lain. Walau bagaimanapun, pendapatan yang perolehi pelajar daripada pekerjaan sambilan didapati membantu ekonomi keluarga, memenuhi keperluan kendiri dan menimbulkan rasa keyakinan diri kepada mereka. Banyak isu berbangkit berhubung dengan senario ini. Misalnya terdapat pelajar yang terpaksa bekerja untuk menampong kewangan keluarga kerana kemiskinan, dan ramai juga pelajar terdorong bekerja untuk membeli peralatan moden (telefon bimbit, baju berjenama, top-up dll) untuk gaya hidup semasa, dan paling serius ialah mereka kurang fokus terhadap pelajaran. Justeru, fenomenon pelajar bekerja sambilan dibimbangi menggugat pendidikan mereka. %K Buruh pekerja Kanak-kanak %K Pelajar Bekerja Sambilan %K Implikasi Pembelajaran %K Daerah Melaka Tengah %U http://pkukmweb.ukm.my/e-bangi/papers/2008/noraziah08.pdf