%0 Journal Article %T Respons Generasi Muda Terhadap Aplikasi E-kerajaan Dan E-dagang %A Mohd Yusof Hj. Abdullah %A Mohd Safar Hasim %A Fuziah Kartini Hassan Basri %A Mohamed Azul Mohamad Salleh %J e-BANGI : Journal of Social Sciences and Humanities %D 2007 %I Universiti Kebangsaan Malaysia %X Malaysia adalah kalangan negara sedang membangun yang awal dan giat membangunkan kemudahan ICT. Penggunaan ICT adalah untuk meningkatkan daya saing negara, memodenkan sektor perkhidmatan, dan menambahnilai mutu perkhidmatan kerajaan dan swasta. Penggunaan meluas ICT telah mula diterima oleh masyarakat Malaysia. Artikel ini membincangkan respons generasi muda terhadap aplikasi secara atas talian yang disediakan oleh pihak kerajaan dan swasta. Data dan maklumat diperolehi daripada kajian di bawah biaya IRPA 2004-2006 yang bertujuan melihat tahap kesediaan penerimaan pelbagai aplikasi elektronik dan persepsi responden terhadap pelbagai aplikasi tersebut. Metod kajian yang digunakan adalah tinjauan ke atas generasi muda dalam lingkungan umur 21 hingga 40 tahun. Seramai 1118 orang dalam kategori umur tersebut di 15 bandar di Malaysia dipilih secara rawak bertujuan dan ditemubual menggunakan satu set soalan. Generasi muda adalah satu segmen masyarakat yang penting dalam sebarang pembaharuan atau inovasi yang diperkenalkan. Hasil kajian mendapati penggunaan pelbagai kad elektronik untuk pelbagai transaksi mula diterimapakai oleh generasi muda. Namun begitu, mereka mempunyai persepsi yang kurang yakin terhadap keselamatan untuk berurusan secara atas talian. Oleh kerana generasi muda sentiasa terdedah dengan perkembangan teknologi komunikasi terkini dan sasaran penting, maka wajar mereka diberi keyakinan untuk menggunakan perkhidmatan atas talian dengan lebih meluas. %K Teknologi Komunikasi dan Informasi %K Masyarakat Jaringan %K Difusi Inovasi %K E-Dagang %K E-Kerajaan %U http://pkukmweb.ukm.my/e-bangi/papers/2007/yusof07.pdf