全部 标题 作者
关键词 摘要

OALib Journal期刊
ISSN: 2333-9721
费用:99美元

查看量下载量

相关文章

更多...

Burnout dan komitmen terhadap organisasi di kalangan jururawat hospital

Full-Text   Cite this paper   Add to My Lib

Abstract:

Kajian ini melihat burnout dan komitmen terhadap organisasi di kalangan jururawat hospital. Seramai 122 orang jururawat dari Hospital Queen Elizabeth yang pelbagai pangkat telah dipilih untuk menjawab soal selidik yang terdiri daripada Maslach Burnout Inventory (MBI)dan Organizational Commitment Questionaire (OCQ). Data dianalisis menggunakan korelasi Pearson, Ujian-t sampel bebas dan ANOVA sehala menggunakan program SPSS. Keputusan mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara burnout dan tiga aspeknya iaitu keletihan emosi, depersonalisasi dan pencapaian peribadi dengan komitmen terhadap organisasi dalam kalangan jururawat Hospital Queen Elizabeth. Keputusan juga menunjukkan terdapat perbezaan burnout, keletihan emosi dan komitmen terhadap organisasi mengikut tempoh perkhidmatan. Di samping itu, keputusan menunjukkan terdapat perbezaan antara keletihanemosi dan depersonalisasi dalam kalangan jururawat mengikut bangsa. Sebaliknya, keputusan mendapati tidak terdapat perbezaan burnout dan tiga aspeknya mengikut status perkahwinan, tempat bertugas dan waktu bertugas. Keputusan juga mendapati tidak terdapat perbezaan komitmen terhadap organisasi mengikut status perkahwinan, bangsa, tempat bertugas dan waktu bertugas. Implikasi kajian turut dibincangkan.

Full-Text

Contact Us

[email protected]

QQ:3279437679

WhatsApp +8615387084133