全部 标题 作者
关键词 摘要

OALib Journal期刊
ISSN: 2333-9721
费用:99美元

查看量下载量

相关文章

更多...

Hubungan antara faktor-faktor organisasi dan pelaksanaan teknologi perkilangan termaju

Keywords: Teknologi Perkilangan Termaju (TPT) , Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)

Full-Text   Cite this paper   Add to My Lib

Abstract:

Tujuan kajian ini ialah menguji hubungan antara faktor-faktor organisasi dan pelaksanaan Teknologi Perkilangan Termaju (TPT). Data kajian dikumpul menggunakan soal selidik daripada 102 buah firma perkilangan bersaiz kecil dan sederhana. Kajian ini menunjukkan bahawa kesedaran pihak pengurusan mempunyai hubungan yang signifikan dengan pelaksanaan TPT. Sebahagian besar literatur tentang hubungan antara faktor organisasi dan pelaksanaan TPT adalah hanya berdasarkan data dari negara maju dan firma-firma besar multinasional. Keadaan ini telah menjadi pendorong utama untuk kajian ini dijalankan. Kajian ini dapat memperkayakan bidang ilmu melalui persembahan bukti empirik yang berasaskan data perusahaan kecil dan sederhana daripada sebuah negara membangun iaitu Malaysia.

Full-Text

comments powered by Disqus

Contact Us

service@oalib.com

QQ:3279437679

WhatsApp +8615387084133

WeChat 1538708413