|
Jurnal Kemanusiaan 2009
Budaya sekolah: Implikasi terhadap proses pembelajaran secara mengalamiKeywords: Pembelajaran secara mengalami , praktikum kaunseling , kaunselor pelatih Abstract: Kajian kualitatif ini bertujuan melihat kesan budaya sekolah terhadap pengalaman pembelajaran yang dilalui oleh kaunselor pelatih semasa menjalani praktikum kaunseling di sekolah. Praktikum kaunseling merupakan latihan praktis yang perlu dilalui bagi membolehkan seorang kaunselor pelatih bergraduat dari program latihan yang diikutinya.Pengalaman menjalani praktikum di sekolah membolehkan kaunselor pelatih mengendalikan perkhidmatan kaunseling dengan klien yang sebenar. Sepuluh orang kaunselor pelatih yang ditempatkan di sembilan buah sekolah yang berbeza terlibat di dalam kajian ini. Data dikumpulkan melalui siri temubual bersama kaunselor pelatih, iaitu di permulaan, pertengahan dan di akhir praktikum kaunseling. Mereka juga terlibat dalam penulisan diari secara mingguan. Pemerhatian dan kajian dokumen berkaitan dilakukan oleh penyelidik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa proses pembelajaran yang dilalui oleh kaunselorpelatih berkaitan dengan budaya yang diamalkan oleh sesebuah sekolah. Terdapat dua budaya yang utama dipraktiskan di sekolah, iaitu menerima perkhidmatan kaunseling sebagai salah satu aktiviti yang menyokong perkembangan pelajar dan kedua, tidak menerima sepenuhnya perkhidmatan kaunseling. Ekoran tidak menerima berkenaan berlaku isu ketidaksediaan, kurang menghormati dan kurang kerjasama. Kaunselor pelatih menghadapi pelbagai cabaran semasa berada di persekitaran sekolah, walaupun begitu mereka juga memperolehi kepuasan, khususnya apabila dapat menyelesaikan tugasan yang telahditetapkan.
|