全部 标题 作者
关键词 摘要

OALib Journal期刊
ISSN: 2333-9721
费用:99美元

查看量下载量

相关文章

更多...

Kajian kes pelaburan pendidikan modal insan di kalangan suku kaum Sama-Bajau di Kota Kinabalu: halatuju dan cabaran

Keywords: Sama-Bajau , urbanisasi , globalisasi , Pelaburan Modal Insan , Menggatal

Full-Text   Cite this paper   Add to My Lib

Abstract:

Sama-Bajau merupakan suku kaum Bumiputera yang kedua terbesar di Sabah. Sehingga kini,kehidupan suku kaum Sama-Bajau mengalami banyak evolusi di mana arus urbanisasi dan globalisasi secara langsung telah memberi impak dalam kehidupan mereka. Arus urbanisasi dan globalisasi ini telah mewujudkan satu suasana yang semakin mencabar. Maka, generasi Sama-Bajau perlu melengkapkan diri mereka dengan tahap pendidikan yang tinggi. Responden kajian ini tertumpu pada etnik Sama-Bajau dan membincangkan beberapa permasalahan yang dihadapi oleh suku kaum ini. Kawasan kajian iaitu Menggatal yang terletak di bandaraya Kota Kinabalu merupakan salah satu kawasan di Sabah yang didiami majoriti masyarakat Sama-Bajau. Kajian ini bertujuan meninjau tahap pelaburan modal insan suku kaum Sama-Bajau. Analisis kajian adalah berdasarkan data primer dan sekunder. Data primer diperolehi melalui borang soal selidik yang diedarkan kepada responden kajianberdasarkan kepada maklumat yang diperolehi daripada Ketua Kampung. Penyelidik telah memilih 218 ketua isi rumah daripada lima buah kampung di kawasan Menggatal. Daripada kajian ini penyelidik mendapati tahap pendidikan di kalangan suku kaum Sama-Bajau berada di tahap yang rendah. Kawasan Menggatal merupakan kawasan yang strategik di mana kawasan ini di kelilingi oleh pelbagai institusi pendidikan awam dan swasta serta pasaraya moden di samping taman-taman perumahan yang baru. Justeru itu, suasana ini menimbulkan suatu yang menarik perhatian iaitu apakah faktor yang menyumbang kepada tahap pendidikanyang rendah di kalangan etnik Sama-Bajau. Dapatan kajian menunjukkan salah satu punca utama ialah isu kemiskinan. Kemiskinan dilihat telah menjadi penghalang kepada ibubapa menyediakan pendidikan yang sempurna kepada anak mereka. Malah, kajian ini juga mendapati keluarga suku kaum ini mempunyai tahap kesedaran yang rendah tentang pendidikan. Kesannya, berlaku peratus kegagalan yang tinggi di kalangan etnik suku kaum Sama-Bajau dalam peperiksaan SPM dan STPM. Kajian ini turut menganalisis halatuju dan cabaran serta cadangan dan polisi mengenai kepentingan pelaburan dalam modal insan khususnya terhadap suku kaum ini dan kaum Bumiputera di Sabah umumnya.

Full-Text

comments powered by Disqus

Contact Us

service@oalib.com

QQ:3279437679

WhatsApp +8615387084133