全部 标题 作者
关键词 摘要

OALib Journal期刊
ISSN: 2333-9721
费用:99美元

查看量下载量

相关文章

更多...

Pelaporan kewangan menerusi internet: perspektif teori kontingensi

Keywords: faktor kontingensi , karakter spesifik syarikat dan pelaporan kewangan menerusi Internet

Full-Text   Cite this paper   Add to My Lib

Abstract:

Penyelidikan terhadap pelaporan kewangan menerusi Internet (PKMI) merupakan satu bidang yang amat penting untuk diselidiki. Hasil penelitian ulasan karya lepas menunjukkan bahawa penyelidikan PKMI boleh dibahagikan kepada tiga kategori utama: kajian satu negara, kajian beberapa negara dan kajian peringkat antarabangsa. Secara metodologi pula, penyelidikan PKMI boleh dikategorikan kepada tiga kumpulan, iaitu: kajian deskriptif, kajian perbandingan dan kajian penerokaan. Artikel ini cuba mengkaji berkemungkinan bahawa faktor kontingensi boleh dilihat sebagai salah satu faktor penentu yang mempengaruhi praktis PKMI oleh syarikat. Antara faktor kontingensi yang dijangka mempengaruhi praktis PKMI ialah risiko, teknologi dan strategi pelaporan. Model kontingensi sistem pelaporan kewangan korporat sepertimana diutarakan oleh Thomas (1991) digunakan sebagai asas untuk mencadangkan kerangka kerja penyelidikan yang berkaitan PKMI. Justeru, selain karakter spesifik syarikat, faktor kontingensi dilihat turut berupaya mempengaruhi praktis PKMI dan ini memerlukan pembuktian secara empirikal.

Full-Text

comments powered by Disqus

Contact Us

service@oalib.com

QQ:3279437679

WhatsApp +8615387084133

WeChat 1538708413