全部 标题 作者
关键词 摘要

OALib Journal期刊
ISSN: 2333-9721
费用:99美元

查看量下载量

相关文章

更多...

Sumber stres, strategi daya tindak dan stres yang dialami pelajar universiti

Full-Text   Cite this paper   Add to My Lib

Abstract:

Kajian ini bertujuan mengkaji sumber stres, strategi daya tindak dan stres yang dialami pelajar sebuah universiti di Kota Kinabalu, Sabah. Secara khususnya, kajian ini dilaksanakan bagi mengenal pasti hubungan antara sumber stres dan stres yang dialami pelajar universiti. Disamping itu, kajian ini cuba meneliti bentuk strategi daya tindak yang digunakan oleh pelajar universiti untuk menangani stres yang dialami. Kajian ini dijalankan menggunakan borang soal selidik. Seramai 223 orang pelajar yang berumur antara 19 hingga 22 tahun dijadikan subjekkajian. Alat kajian yang digunakan merangkumi item-item bagi mengukur sumber stres, Adolescent Coping Scale (ACS) bagi mengukur strategi daya tindak dan alat kajian Stress Student Scale yang telah diubahsuai digunakan untuk mengukur stres pelajar. Data yang diperolehi telahdianalisis menggunakan ujian statistik inferensi melibatkan korelasi Pearson dan korelasi separa (partial correlation). Keputusan yang diperolehi menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara sumber stres keseluruhan dan stres yang dialami pelajar universiti. Sementara itu, strategi daya tindak keseluruhan didapati mampu bertindak sebagai perantara (mediator) bagi hubungan antara sumber stres keseluruhan dan stres yang dialami pelajar.

Full-Text

comments powered by Disqus

Contact Us

service@oalib.com

QQ:3279437679

WhatsApp +8615387084133

WeChat 1538708413