|
Jurnal Kemanusiaan 2010
Hierarki model pengukuran confirmatory factor analysis (CFA) ke atas instrumen kemahiran generikAbstract: Penilaian kemahiran generik pelajar di Institut Pengajian Tinggi (IPT) mulai diperkatakan apabila terlaksana Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM) pada tahun 2006. Tujuan kajian ini adalah untuk mengukur kesahan dan kebolehpercayaan Instrumen Kemahiran Generik Pengajian Tinggi (Generic Skills Instrument for Higher Education - GeSIHE 2008). Instrumen 13 konstruk yang mengandungi 77 item skala 5 mata telah digunakan dalam kajian ini. Instrumen ini telah ditadbirkan kepada 1,262 orang pelajar prasiswazah di 12 fakulti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang dipilih secara rawak berkelompok. Perisian Amos versi 7 digunakan untuk menganalisis data. Nilai Comparative Fit Index (CFI), Tucker Lewis Index (TLI), and MSEA digunakan untuk mengekal dan menggugurkan item. Dapatan akhir kajian menggunakan model pengukuran confirmatory factor analisis telah menggugurkan 15 item dan mengekalkan 62 item yang sah dan boleh dipercayai untuk mengukur 13 konstruk kemahiran generik dalam GeSIHE. Instrumen GeSIHE ini boleh digunakan untuk mendapatkan profil pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi sebagai indikator bagi meningkatkan kemahiran generik pelajar.
|