全部 标题 作者
关键词 摘要

OALib Journal期刊
ISSN: 2333-9721
费用:99美元

查看量下载量

相关文章

更多...

Dari Halaman Rumah Ke Hadapan Layar: Pola Bermain Dan Fungsinya Kepada Perkembangan Kanak-Kanak

Keywords: Perkembangan kanak-kanak , zaman kanak-kanak , bermain , keluarga

Full-Text   Cite this paper   Add to My Lib

Abstract:

Anak adalah aset penting keluarga. Malah mereka turut menjadi aset penting kepada negara kerana akan menerajui negara pada masa akan datang. Justeru, mereka bukan sahaja harus pintar tetapi juga mempunyai kemahiran tertentu. Salah satu cara bagaiamana mereka memperkembangkan kemahiran tersebut ialah melalui aktiviti bermain. Malangnya dalam kehidupan moden kini, pola bermain secara berkumpulan terutamanya di halaman telah berubah kepada permainan individu di hadapan layar televisyen atau komputer di dalam rumah atau bilik berasingan. Amalan sebegini tentunya meninggalkan kesan yang penting kepada perkembangan kanak-kanak. Sehubungan itu, artikel ini cuba menghuraikan isu berkaitan dengan pola bermain sejak dulu hingga kini dan fungsinya kepada perkembangan kanak-kanak. Kajian ini telah dijalankan pada tahun 2007. Persoalan yang cuba diketengahkan ialah kenapa perubahan itu berlaku? Apakah implikasinya perubahan itu ke atas perkembangan dan kesejahteraan kanak-kanak? Bagaimanakah perubahan itu boleh ditangani? Apakah peranan keluarga, komuniti dan negara dalam hal tersebut? Makalah ini didasarkan kepada sumber-sumber sekunder daripada penyelidikan perpustakaan dan dianalisis secara induktif. Dapatan kajian menunjukkan secara umumnya bermain penting untuk perkembangan fizikal, kognitif, sosial dan emosi kanak-kanak. Akan tetapi perubahan dalam bentuk permainan terutamanya yang melibatkan layar video dan komputer memberikan implikasi yang berbeza. Implikasi positif atau negatif bergantung kepada jenis perisian yang digunakan. Permainan layar berbentuk keganasan dikaitkan dengan tingkah laku negatif, manakala yang berbentuk pendidikan memberikan implikasi positif. Oleh itu, orang dewasa berperanan memantau aktiviti bermain kanak-kanak.

Full-Text

comments powered by Disqus

Contact Us

service@oalib.com

QQ:3279437679

WhatsApp +8615387084133

WeChat 1538708413