|
Pendidikan Dan Pekerjaan Di Kalangan Wanita Di Malaysia Serta Keperluan Bimbingan Vokasional Dalam Pemilihan PekerjaanKeywords: pendidikan formal , bimbingan vokasional , pemilihan pekerjaan , taburan pekerjaan , pekerja mahir Abstract: Pendidikan formal telah menjadi salah satu daripada kriteria dalam pengambilan pekerja di sektor moden. Proses pendidikan menjadi faktor utama dalam mencorak dan menggerakkan manusia. Pendidikan dilihat sebagai satu pelaburan jangka panjang dalam menyediakan tenaga mahir. Pada hakikatnya, pendidikan merupakan satu usaha memperkasakan wanita dalam bidang pekerjaan dan memperlengkapkan diri untuk menjadi manusia yang berketrampilan. Kaum wanita dan lelaki diberikan peluang pendidikan formal yang sama tetapi adalah didapati bahawa berlaku ketidakseimbangan dalam taburan pekerjaan mengikut gender. Adakah tumpuan pekerja wanita dalam kategori pekerjaan tertentu akibat daripada kekurangan dalam pendidikan formal, latihan dan bimbingan vokasional yang diberikan? Atau adakah pendidikan, latihan dan bimbingan yang diberikan ditentukan oleh prospek pekerjaan yang ada untuk mereka. Apakah wanita perlu membuat perubahan sikap berhubung dengan kecenderungan memilih kerja yang ada sekarang? Bagi mengupas persoalan ini maka tujuan artikel ini akan membincangkan tentang pemilihan pekerjaan yang bersesuaian dan keperluan bimbingan vokasional di kalangan wanita di Malaysia.
|