全部 标题 作者
关键词 摘要

OALib Journal期刊
ISSN: 2333-9721
费用:99美元

查看量下载量

相关文章

更多...

Impak Pembangunan Langkawi Ke Atas Corak Pekerjaan Dan Guna Tenaga Di Pulau Dayang Bunting, Langkawi

Keywords: pembangunan ekonomi , tenaga buruh , guna tenaga , pekerjaan , pengangguran

Full-Text   Cite this paper   Add to My Lib

Abstract:

Artikel ini menganalisis corak pekerjaan dan guna tenaga dalam kalangan penduduk Pulau Dayang Bunting, Langkawi. Data yang digunakan dalam penulisan ini diperolehi daripada soalselidik yang dibuat secara banci melalui satu kerjalapangan pada bulan Mei-Jun 2005. Analisis data adalah menggunakan kaedah taburan dan jadual silang ke atas aspek-aspek penting berkaitan aktiviti ekonomi penduduk. Analisis ini dianggap penting untuk melihat impak pembangunan Langkawi ke atas tahap penyertaan buruh dan masalah penganguran, struktur guna tenaga dan jenis pekerjaan serta implikasinya ke atas tingkat pendapatan penduduk. Tumpuan analisis adalah ke atas ciri-ciri dan jenis pekerjaan yang diceburi (pekerjaan utama dan sampingan), struktur guna tenaga mengikut sektor, tingkat pendapatan, tingkat kemahiran dan taraf pendidikan penduduk. Isu dan masalah berkaitan aspek pekerjaan dan guna tenaga di kawasan kajian turut dibincangkan. Hasil kajian mendapati berlaku ‘kesan surutan’ kerana sebahagian besar tenaga buruh produktif yang ingin menyertai pasaran pekerjaan dari pulau ini terpaksa berpindah atau berulang alik ke pulau besar Langkawi. Ini disebabkan peluang pekerjaan banyak terdapat di sana, terutama di sekitar pekan Kuah. Pemerhatian pengkaji semasa di lapangan menunjukkan bahawa tidak banyak aktiviti-aktiviti ekonomi moden yang berkembang di pulau kajian. Sebaliknya, aktiviti ekonomi penduduk lebih berkisar kepada kegiatan tradisional terutama dalam sektor perikanan dan pertanian. Ketiadaan peluang pekerjaan yang bersesuaian telah menyebabkan kadar pengganguran di kawasan kajian juga agak tinggi berbanding kawasan-kawasan lain di tanah besar Langkawi.

Full-Text

Contact Us

[email protected]

QQ:3279437679

WhatsApp +8615387084133