全部 标题 作者
关键词 摘要

OALib Journal期刊
ISSN: 2333-9721
费用:99美元

查看量下载量

相关文章

更多...

Ketersampaian Masyarakat Tani Kepada Pelaburan Saham Amanah

Keywords: Ketersampaian , Masyarakat tani , Pelaburan , Saham amanah.

Full-Text   Cite this paper   Add to My Lib

Abstract:

Umum menyedari bahawa melabur dalam saham amanah merupakan suatu langkah bijak dalam usaha meningkatkan pendapatan. Persoalannya, apakah semua lapisan masyarakat di negara ini mempunyai ketersampaian kepada saham amanah tersebut, terutamanya mereka yang tergolong dalam kumpulan berpendapatan rendah. Kajian ini menilai sejauhmana masyarakat desa, iaitu pesawah padi mempunyai ketersampaian terhadap saham amanah yang terdapat di negara ini. Kajian turut mengenalpasti faktor-faktor penggalak dan penghalang yang mempengaruhi ketersampaian mereka. Dapatan kajian mengesahkan bahawa, meskipun kebanyakan golongan petani ini mempunyai pengetahuan umum mengenai saham amanah, tetapi ketersampaian dan penglibatan mereka secara langsung dalam pelaburan tersebut adalah agak terbatas. Tarikan kadar dividen yang tinggi dikenalpasti sebagai faktor penggalak utama mereka menyertai saham amanah. Manakala, dua faktor utama yang menghalang mereka daripada terlibat dalam saham amanah ialah kekurangan pendapatan dan kurangnya pendedahan terhadap pelaburan saham amanah itu sendiri. Secara keseluruhannya, penglibatan pesawah-pesawah padi terbabit dalam saham amanah adalah amat rendah dan terbatas. Fenomena ini cukup jelas apabila kebanyakan mereka kurang berkemampuan untuk mempertahan dan meningkatkan nilai pelaburan mereka.

Full-Text

comments powered by Disqus

Contact Us

service@oalib.com

QQ:3279437679

WhatsApp +8615387084133

WeChat 1538708413