全部 标题 作者
关键词 摘要

OALib Journal期刊
ISSN: 2333-9721
费用:99美元

查看量下载量

相关文章

更多...

Masalah Sedimentasi Dan Penyelesaiannya Melalui Kaedah Pengurusan Persekitaran: Satu Kajian Kes Di Sungai Chini,pahang

Keywords: Sedimentasi , Pengurusan persekitaran , Pemodelan sedimen , XPSWMM , Sungai Chini

Full-Text   Cite this paper   Add to My Lib

Abstract:

Sungai Chini merupakan satu-satunya sungai yang mengalir keluar daripada Tasik Chini ke Sungai Pahang. Semenjak beberapa tahun kebelakangan ini, Sungai Chini mengalami kemerosotan kualiti air akibat proses sedimentasi dan ketidakseimbangan pembangunan di sekitar lembangannya. Kajian dijalankan bertujuan menganggarkan penghasilan muatan sedimen tahunan (tan/km2/tahun), membina model hidraulik berdasarkan kapasiti sungai dan cadangan kepada kaedah pengurusan sedimen. Persampelan kajian telah dijalankan pada Julai 2008 sehingga Jun 2009 melibatkan tiga musim berbeza iaitu musim normal, hujan dan selepas hujan. Sebanyak tiga stesen persampelan telah dipilih. Keputusan kajian menunjukkan anggaran purata tahunan sedimen yang diangkut keluar dari Sungai Chini ialah 787.621 tan/km2/tahun. Hasil analisis statistik korelasi bagi hubungan antara muatan sedimen dan luahan kajian pula adalah sangat signifikan, iaitu R2=0.980. Hubungan luas kawasan tadahan dan muatan sedimen bagi kajian sungai terpilih juga menunjukkan hubungan yang signifikan, iaitu R2=0.824 membuktikan kaitan kuat diantara penghasilan sedimen dengan perubahan guna tanah yang berlaku di sekitar lembangan ini. Hasil kajian mendapati sedimentasi yang tinggi berpunca daripada aktiviti guna tanah, kewujudan baraj di hilir Sungai Chini yang memerangkap sedimen, aliran songsang dari Sungai Pahang masuk ke Sungai Chini dan faktor hakisan tebing. Kajian ini mencadangkan langkah kawalan sedimen seperti mewujudkan rizab pemuliharaan bagi sebahagian lembangan tasik, mengubahsuai sistem baraj, mengaplikasikan sistem “Monkey Cheek” yang bertujuan mengalir serta membersihkan sedimen terampai yang tinggi dan cadangan kawalan hakisan tebing sungai.

Full-Text

comments powered by Disqus

Contact Us

service@oalib.com

QQ:3279437679

WhatsApp +8615387084133

WeChat 1538708413