全部 标题 作者
关键词 摘要

OALib Journal期刊
ISSN: 2333-9721
费用:99美元

查看量下载量

相关文章

更多...

Analisis Trend Pengundian Berdasarkan Kaum Di Kawasan Bukit Gantang, Perak

Keywords: pungutan suara , perlembagaan , Institusi Raja , pembangunan , kriteria calon

Full-Text   Cite this paper   Add to My Lib

Abstract:

Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gantang 2009 diadakan pada 7 April 2009 kerana kematian penyandangnya, Roslan Shaharum, daripada PAS. Pilihan raya ini dikatakan dapat dijadikan pungutan suara rakyat sama ada menerima atau sebaliknya terhadap penubuhan kerajaan baru Negeri Perak dibawah pemerintahan BN. Hasil kajian menunjukkan hampir 100 peratus responden etnik Melayu, Cina dan India menjadikan televisyen sebagai sumber utama maklumat politik mereka. Dari segi kriteria calon pula, 72.1 peratus responden Cina menyatakan mereka memilih calon yang mesra rakyat berbanding Melayu (67.9 peratus) dan India (47.9 peratus). 78.7 peratus responden Melayu, 81.6 peratus Cina dan 48.9 peratus responden India bersetuju bahawa mereka tidak merestui wakil rakyat mereka melompat parti. Persoalan mengenai krisis perlembagaan Perak memperlihatkan responden Melayu lebih cenderung menyokong Institusi Raja dan sebaliknya bagi responden Cina dan India. Merujuk kepada jangkaan kemenangan parti dalam PRK Parlimen Bukit Gantang, 27.0 peratus responden Melayu, 34.2 peratus Cina dan 57.3 peratus India menyatakan PAS akan memenangi pilihan raya tersebut berbanding BN 45.5 peratus responden Melayu, 35.5 peratus (Cina) dan 20.8 peratus (India). Ketiga-tiga kaum menyatakan Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak akan menjadi Perdana Menteri yang dapat menerajui pembangunan Malaysia dengan lebih inovatif dan progresif.

Full-Text

comments powered by Disqus

Contact Us

service@oalib.com

QQ:3279437679

WhatsApp +8615387084133